Program Khidmat Bakti
Wednesday, 24 August 2011
Petikan : Blog Mirae
Ahad, 23 Januari 2011, kelas bagi subjek Communication & Change yang dikendalikan oleh Puan Hariyati @ mama telah menjalankan satu projek “Memperkasa Nilai Kemanusiaan” dengan membuat lawatan ke rumah orang-orang tua di Pusat Jagaan Nur Hasanah. Lawatan ini dianjurkan oleh kami yang merupakan wakil dari Pelajar Fakulti Komunikasi & Pengajian Media, UiTM Shah Alam. Kami berkumpul pada jam 8.00 pagi untuk menaiki bas dari UiTM bertolak ke Pusat Jagaan Nur Hasanah. Beberapa dari kami bertolak ke sana dengan menaiki kereta.
Lebih kurang dalam jam 10.00 pagi, kami tiba di sebuah kawasan kampung yang sangat tenang dengan deretan pohon-pohon getah yang tersusun rapi. Seseorang telah pun menunggu dan menyambut kedatangan kami untuk dibawa ke Pusat Jagaan Nur Hasanah. Kami telah disambut oleh pengelola pusat jagaan itu dan dibawa bertemu dengan semua penghuni-penghuni di sana sambil bersalaman dengan mereka dan bertanya khabar. Program diteruskan dengan majlis pembukaan oleh pengarah projek iaitu Nashrul dan penasihat projek iaitu mama untuk memberikan ucapan ringkas dan penghargaan. Seterusnya majlis diserahkan kepada Tuan Haji Mohiadin Bahado iaitu pengerusi Pusat Jagaan Nur Hasanah untuk memberikan ucapan dengan menceritakan sedikit latar belakang mengenai Pusat Jagaan Nur Hasanah serta penghuninya. Tidak ketinggalan majlis juga turut disediakan dengan beberapa montaj dari pihak kami dan pihak Pusat Jagaan Nur Hasanah untuk ditayangkan.
Pusat Jagaan Nur Hasanah, sebuah rumah setingkat memanjang yang sederhana mempunyai lebih kurang 11 orang penghuni lelaki ini telah ditubuhkan sejak tahun 2006 dengan menyediakan penempatan sementara bagi pesakit-pesakit yang terdampar tanpa waris, muallaf, warga emas atau orang kurang upaya. Tambah mengagumkan apabila kami diberitahu bahawa beberapa sukarelawan tempat ini adalah dari golongan muda yang seusia kami yang juga datangnya dari mereka yang berpendidikan. Pada usia ini mereka sudah memilih jalan kebajikan, mendampingi dan melayani kerenah penghuni-penghuni berusia emas.
Jam menunjukkan 11.00 pagi dan kami meneruskan aktiviti di pusat jagaan ini dengan beramah mesra serta menemuramah atuk-atuk dan ayah-ayah yang merupakan penghuni di rumah itu. Alhamdulillah, tidak dapat digambarkan betapa bahagia dan gembiranya mereka dengan kehadiran kami walaupun pada awalnya ia terasa janggal untuk memulakannya. Dalam masa yang sama kami turut dihiburkan dengan beberapa buah lagu oleh atuk Hashim yang juga merupakan penyeri bagi program itu. Lebih kurang pukul 12.00 tengah hari kami meluangkan masa melakukan kerja amal dengan bergotong royong bersama seperti berkebun dengan menanam pokok-pokok, membersihkan kawasan kebun, memasak untuk persiapan makan tengahari dan lain-lain. Syukur kehadrat ilahi, tanpa disedari aktiviti sebegini juga telah merapatkan hubungan sesama kami secara tidak sengaja yang pada awalnya kami sendiri tidak pernah berbual atau beramah mesra sepanjang sesi pembelajaran bermula.
Tepat jam 1.00 tengah hari, kami menjamu selera bersama-sama. Perasaan syukur dipanjatkan sekali lagi kepada yang maha esa di atas nikmat rezeki yang dilimpahkan dan hidangan menu yang sangat menyelerakan pada hari itu. Beberapa dari kami membantu atuk-atuk dan ayah-ayah di sana memberikan makanan kepada mereka. Setelah selesai makan tengah hari, kami bersiap-siap untuk malakukan solat zohor secara berjemaah dan tahlil ringkas bersama-sama warga di pusat itu. Suasana yang suram pada mulanya, telah diserikan dengan kehadiran kami di rumah itu.
Pada 2.30 petang, Pusat jagaan Nur Hasanah telah dikunjungi oleh Yang Behormat Jawatankuasa Kampung bersama isteri untuk melawat dan mengambil tahu permasalahan dan keperluan bagi pusat jagaan itu. Kami membiarkan pihak Pusat Jagaan Nur Hasanah melayan dan menyambut kedatangan Yang Berhormat bersama kumpulanya. Sebahagian dari kami ketika itu meneruskan pekerjaan mereka didapur untuk menyiapkan makan petang. Beberapa dari kami ke kebun mencabut ubi kayu untuk disediakan sebagai makan petang hari itu. Lebih kurang sejam kemudian, Yang Berhormat bersama isteri meminta izin untuk melangkah pulang. Setelah itu, kami meneruskan aktiviti santai bersama atuk-atuk dan ayah-ayah di sana. Kami membuat persembahan untuk menghiburkan mereka dan meraikan kunjungan kami ke sana. Jelas kelihatan diwajah mereka berasa gembira dan terhibur. Kami menghiburkan mereka dengan berkaraoke dan menyanyikan lagu-lagu untuk menceriakan hari itu walaupun mengalami masalah teknikal. Tidak ketinggalan, mama yang juga dengan sikap ceria dan sportingnya juga turut bersama kami berkaraoke. Tidak dilupa kepada atuk Hashim yang juga turut bersama menyanyi berbagai lagu untuk kami membuat kami tesenyum lebar dan gembira melalui hari itu.
Kesempatan di ambil untuk bersama-sama ayah-ayah dan atuk-atuk untuk mengetahui kisah perjalanan mereka pada sebelumnya dan memahami mereka dengan lebih rapat serta mendalami isi hati mereka sebagai warga yang tidak berwaris dan tidak dipedulikan oleh ahli keluarga sendiri. Penghuni di sini ketara memerlukan lebih perhatian dan kasih sayang. Ditinggalkan keluarga kerana cacat fizikal, keluarga yang sukar menyara atau tidak dipedulikan keluarga dan tidak berwaris, di mana kenyataan tersebut mampu mengguris perasaan walau ia tidak ditunjukkan secara terangan sama ada melalui reaksi atau mimik muka mereka. Kita sebagai insan perlu memahami dari setiap sudut mengenai kesedihan, kerinduan dan penderitaan yang ditanggung oleh diri mereka. Hidup yang hari-hari ini perlu diteruskan selagi nyawa masih belum terpisah dari jasad, selagi ajal masih belum menjemput, selagi kudrat masih bersisa, selagi itu hidup perlu diteruskan walaupun tanpa kekuatan. Semua manusia pasti akan melalui proses yang sama dalam penghidupan dan yang berbeza hanya takdir serta qada’ & qadar yang ditentukan bagi seseorang insan.
Ibu bapa boleh menjaga 10 anak dengan sempurna, tetapi 10 anak belum tentu mampu menjaga ibu bapa mereka dengan sempurna. Itulah pepatah yang sering diluahkan ibu bapa yang kecewa apabila tidak dipedulikan anak yang dikandung dan dibesarkan sendiri. Pada orang tua, mereka tidak mengharapkan anak menjaga mereka, tetapi sebagai anak adalah suatu kewajipan menjaga orang tua. Malah, ada ibu bapa tidak kisah jika anak tidak dapat menjaga mereka. Realitinya, apabila anak dapat menjaga, mereka biasanya akan seronok apatah lagi jika ibu bapa berkenaan tiada berkeupayaan, tidak bergaji atau berpendapatan tetap tentulah dia hendak anaknya sendiri yang menjaganya. Ibu bapa juga sebenarnya, tidak pernah meminta jasa dan pengorbanan mereka dibalas, tetapi cukup jika sekadar anaknya itu menghormati dan melayan mereka dengan penuh kasih sayang. Itu sudah cukup membuatkan mereka bahagia.
Lebih menyedihkan, bagi penghuni di pusat jagaan itu yang mempunyai anak tetapi anak mereka bersikap lepas tangan dan tidak pernah menjenguk mereka atau bertanya khabar. Malah, ada yang lebih teruk lagi bagi mereka yang tidak pernah dipedulikan atau dibuang oleh keluarga sendiri kerana kecacatan fizikal. Beberapa dari penghuni di sana adalah dari golongan muda yang mengalami masalah mental. Keadaan ini menyebabkan penghuni di sana merasakan hidup mereka seolah-olah terbuang dan menangis pilu. Perasaan itulah yang dialami oleh beberapa warga di pusat Jagaan itu terutama setiap kali tibanya Ramadhan dan Aidilfitri. Kisah beberapa warga emas yang mengharapkan kedatangan anak kesayangan mereka ini pasti menyayat hati sesiapa saja. Mereka bukan tidak mempunyai waris, tetapi anak yang ditatang bagaikan minyak yang penuh itu seolah-olah menganggap ibu atau bapa yang pernah berjasa kepada mereka dulu sudah tiada lagi. Gelak ketawa anak-anak kecil dan riuh rendah suara sanak saudara pada pagi Aidilfitri pula pasti kembali terngiang-ngiang di telinga kita semua yang masih berkesempatan dan bertuah untuk terus menikmati semua kurniaan Ilahi itu. Tidak dapat diakui hubungan kekeluargaan yang terjalin sejak sekian lama membuatkan kedatangan Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri memberi pengertian berbeza daripada hari-hari lain kepada kita sekeluarga. Demikian ertinya kehidupan berkeluarga. Namun tidak semua manusia diberi kelebihan dan keistimewaan itu. Itulah nasib yang dilalui 11 penghuni di Pusat Jagaan Nur Hasanah Beranang, Selangor.
Bagi Pak Cik Hashim yang berasal dari Jawa, Indonesia, sejak menjadi penghuni di pusat jagaan itu hampir tiga tahun lalu menjadikan beliau merasakan adalah lebih baik sekiranya dia menghabiskan sisa-sisa hidupnya di sana. Beliau meminta atau memohon sendiri untuk memasuki pusat jagaan itu atas alasan tidak mahu menyusahkan anak-anaknya. Dia yang bercerai dengan isterinya isteri beberapa tahun yang lepas mempunyai empat orang anak yang sekarang ini telah pun berkeluarga dan mempunyai kehidupan sendiri. Keempat-empat anaknya juga mempunyai pekerjaan yang baik dan bagus. Sejak tinggal di pusat jagaan ini, dia merasakan kehidupannya lebih baik dan terjamin walaupun kadangkala hatinya sayu dan sedih mengenangkan nasib yang berlaku kepada dirinya. Namun begitu, sukar untuk dilihat dari reaksi wajahnya yang sentiasa ceria menyebabkan segala duka dan kesedihan tertutup oleh senyuman dan gelak tawanya. Kami teruja kerana telah disambut dengan gelak tawa dari Pak Cik Hashim dan dia juga turut mendendangkan beberapa lagu klasik kepada kami yang juga turut membuat kami tertawa.
Lain pula mengenai kisah hidup Pak Cik Mahmud yang telah dua tahun mendiami pusat jagaan itu. Dia yang dulunya mempunyai perniagaan sendiri telah menjual kedai dan lorinya kepada orang lain kerana sudah tidak mempunyai kudrat untuk menguruskannya lagi. Dia juga menghidapi pelbagai penyakit yang membataskan kudratnya untuk bekerja. Pak Cik Mahmud hidup sebatang kara kerana dia tidak pernah mempunyai kehidupan bekeluarga. Dia ketika usia mudanya pernah beberapa kali kecewa dengan wanita yang dicintainya, akhirnya mengambil keputusan untuk tidak berkahwin. Dia mengambil keputusan untuk menghabiskan sisa hidupnya di pusat jagaan itu kerana baginya, dia boleh menghabiskan masa dan menghilangkan kebosanan dengan kawan-kawan yang juga merupakan penghuni di sana. Menurutnya, dia yang dulu mempunyai ramai kawan, kini tidak lagi mengambil tahu tentangnya kerana dia sudah tidak mempunyai harta dan wang seperti dahulu. Seperti pepatah melayu “Kawan ketika kita senang ramai yang datang, tetapi kawan ketika kita susah ramai yang pergi”. Itulah hakikat berkawan yang sering kali terjadi di mana sukarnya kita untuk memiliki kawan yang ketika senang dan susah akan ada bersama-sama kita. Hanya kita yang bertuah akan mendapat dan mampu memiliki kawan yang sebegitu rupa dan berhati mulia. Namun, bersyukurlah kita seandainya kita dianugerahkan kawan yang baik dan setia bersama kita.
Kedukaan seorang mualaf iaitu Lim atau Latif yang baru dua bulan mendiami pusat jagaan itu adalah akibat kemalangan yang menimpanya beberapa bulan lepas. Dia yang mempunyai seorang isteri dan empat orang anak tidak pernah mengambil tahu keadaanya apatah lagi melawatnya di hospital. Akibat dari kemalangan itu, dia mengalami kecacatan kerana tulang kakinya patah serta cedera teruk. Apa yang lebih menyedihkan, apabila isteri yang disayanginya telah curang dan berhubungan dengan lelaki lain. Namun, dia redha dengan takdir yang telah ditentukan kepadanya. Dia yang berusia 30-an itu juga masih mempunyai keinginan seperti orang lain untuk hidup berkeluarga. Tetapi keadaan diri tidak mengizikannya untuk hidup bekeluarga seperti orang lain. Walaupun wajahnya sentiasa tersenyum ceria sepanjang kami bersamanya namun jauh disudut hatinya, dia pasti merindui keluarga dan anak-anak yang tersayang.
Hati ini tersentuh apabila mendengar sebuah lagi kisah hidup Daud yang masih muda dan seusia kami mengalami masalah mental. Dia yang berasal dari Indonesia telah ditipu untuk mendapatkan pekerjaan di Malaysia. Tetapi, apabila tiba di Malaysia dia dibiarkan dan telah terlibat dengan kemalangan menyebabkan dia koma selama tiga bulan. Setelah sedar dari koma dia yang mengalami kecedaraan di kepala itu seperti orang yang tidak mengerti apa-apa. Pihak hospital mengambil keputusan untuk menghantarnya ke Pusat Jagaan Nur Hasanah memandangkan dia tiada waris di sini. Melihatkan keadaannya itu, kesan dari kemalangan itu menyebabkan dia trauma dan sukar untuk bercakap dengan orang lain. Seorang lagi penghuni yang juga seusia dengan kami iaitu Johan adalah orang yang paling rapat dan seringkali dilihat bergurau dengan Daud. Johan adalah orang yang seringkali akan membuat Daud tersenyum. Johan yang baru sahaja pulih kakinya yang patah akibat kemalangan terpaksa tinggal di pusat jagaan itu akibat dibuang keluarga sendiri. Namun, Johan tidak akan tinggal di pusat itu untuk selama-lamanya kerana dia akan keluar dari pusat itu untuk meneruskan kehidupannya dan mencari pekerjaan memandangkan usianya yang masih muda dan perjalanan hidupnya yang masih jauh.
Sehari bersama mereka membuatkan kami tidak berasa puas dan merasakan masa terlalu cepat berlalu pergi. Sedang asyik bersembang dan bersama mereka, jam sudah pun menunjukkan pukul 5.00 petang. Kami berhenti bersembang dan mengambil makan petang yang telah pun tersedia untuk dinikmati. Ubi rebus dan bihun goreng yang disediakan cukup mengenyangkan perut kami dan warga di sana. Setelah selesai menikmati makan petang, kami bersiap untuk menunaikan solat asar berjemaah. Sebelum berakhirnya program hari itu, sedikit upacara majlis penutup dan penghargaan serta penyampaian cenderahati dibuat kepada semua warga dan penyelaras Pusat Jagaan Nur Hasanah. Sedikit ucapan penutup telah disampaikan oleh mama dan Encik Khairul wakil dari pihak Pusat Jagaan Nur Hasanah.
Tepat jam 6.00 petang kami bergambar bersama-sama seluruh warga di Pusat Jagaan Nur Hasanah sebelum berangkat pulang ke UiTM. Berat terasa kaki ini melangkah meninggalkan ayah-ayah dan atuk-atuk di sana untuk kembali pulang. Namun, apakan daya kerana setiap pertemuan pastinya ada perpisahan dan setiap permulaan pastinya ada pengakhiran. Melalui kegiatan seperti ini, kami dapat merapatkan diri dengan aktiviti kebajikan dan dapat menyumbang serta berbakti kepada mereka. Apa yang lebih penting ia mengajar dan meperingatkan diri kita akan tanggungjawab kepada ibu bapa kita sendiri. Seperti yang sedia maklum, warga emas memiliki banyak pengalaman, sensitif, mahu dihargai serta ada yang proaktif. Ini mendorong kepada perlunya pergaulan dengan masyarakat luar. Justeru, mereka perlu dilibatkan dalam program yang dapat meningkatkan motivasi dan keinginan mereka untuk meneruskan kehidupan dengan lebih ceria.
Jangan dipersiakan hidup mereka kerana seburuk mana sekalipun tingkah laku, mereka tetap ibu bapa yang perlu dihormati dan disayangi. Melupai dan mengabaikan warga tua dianggap perbuatan yang tidak bertanggungjawab dan menyimpang daripada budaya dan nilai budi masyarakat Timur. Kita hanya akan merasai apa yang mereka rasa apabila kita telah seusia mereka. Namun, setelah kita tidak punya kedua-dua orang tua, perkara pertama yang diharapkan agar masa boleh berputar kembali, supaya kita boleh menjaga dan melayan mereka dengan sepenuh jiwa dan raga. Percayalah, kita akan lebih menghargai seseorang itu apabila kita telah kehilangannya.

1 comments:
Terima kasih atas catatan ini dlm blog anda. Really appreciate it. Mengimbau kenangan lalu di rumah org tua Nurhasanah Branang.
Post a Comment