Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.
Selamat Datang blog ke Pusat Jagaan Nur Hasanah

Persatuan Pegawai Kerja Sosial (Perubatan) Malaysia

Tentang Pusat Jagaan Nur Hasanah

Wednesday 24 August 2011

ALAMAT
Lot 842, Lorong Dato' Dagang Haji Tahir,
Kg. Sesapan Kelubi, 43700 Beranang, Selangor.
Tel/Faks : 03-87668100

PENGENALAN
Persatuan Pegawai Pembangunan Masayarakat (Perubatan) Malaysia [PPPM(P)M] telah menagmbil inisiatif menubuhkan pusat jagaan sementara (perantaraan) khusus bagi mengendalikan kes-kes terdampar di hospital-hospital kerajaan kerap menjadi masalah kepada pengurusan hospital khususnya kepada Pegawai Keja Sosial Perubatan. Kesukaran mendapatkan penempatan bagi pesakit-pesakit terdampar yang telah di caj dari wad telah membawa kepada idea penubuhan penempatan sementara ini yang dikenali sebagai Pusat Jagaan Nur Hasanah.

LATAR BELAKANG
Menyedari hakikat bahawa satu fungsi pegawai kerja perubatan adalah membantu pesakit-pesakit yang bermasalah penjagan dan penempatan maka Pusat Jagaan Nur Hasanah telah diwujudkan pada September 2006 bagi menyediakan penempatan sementara. Fenomena ini semakin meningkat seiring perkembangan dan kepesatan pembangunan telah memperlihatkan bahawa pendekatan ini perlu diberi perhatian serius dengan mengambil kira pelbagai aspek emosi, sosial, ekonomi, rangkaian perhubungan dan sokongan (support)keluarga. Masyarakat perlu memainkan peranan mereka bagi membantu golongan ini dalam bentuk dana dan khidmat sosial.

Menyediakan penempatan sementara (maksimum 6 bulan) bagi kes-kes terdampar lelaki seperti berikut :

1. Pesakit terdampar tanpa waris.
2. Muallaf (saudara baru)
3. Warga emas.
4. Orang kurang upaya.

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP